Thursday 4 August 2016

PROTON LANJUT OPERASI 7 HARI PUSAT SERVIS DAN KURANGKAN ALAT GANTI 30%


Berita baik untuk anda semua yang memilik kereta Proton! Proton kini akan melanjutkan operasi di pusat servis yang terpilih daripada cawangan 2S dan 3S mereka selama 7 hari berkuatkuasa pada 6 Ogos 2016. Operasi selama tujuh hari ini bertujuan untuk mengurangkan tempoh menunggu pelanggan untuk kereta mereka dibaiki dan memberikan lebih pilihan untuk mereka menghantar kereta bagi tujuan servis dan penyelenggaraan pada hujung minggu.

“Apabila kita memulakan operasi selama tujuh hari di pusat-pusat servis yang terpilih sebelum ini, ia hanya menyediakan perkhidmatan servis biasa dan waktu operasi hanya sehingga pukul 12 tengahari pada hari minggu. Tetapi sekarang, bagi pusat-pusat servis yang terpilih kami telah melanjutkan waktu operasi pada hari Ahad iaitu sehingga jam 5 petang.”

“Dengan penambahbaikan yang diberikan ini, pelanggan kami kini lebih mudah untuk menghantar kereta mereka untuk diservis dan membuat tuntutan jaminan pada hujung minggu. Ini merupakan antara langkah bagi menyediakan kemuadahan kepada mereka terutamanya jika mereka tidak berkesempatan untuk mengambil cuti pada hari biasa,” kata Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Bermula 6 Ogos ini, sembilan pusat servis akan menyediakan perkhidmatan tujuh hari ini termasuk tuntutan jaminan dan pembaikan. Dari Johor ke Pulau Pinang, cawangan-cawangan yang terlibat ialah Plentong, Johor Bahru, Peringgit, Melaka, Senawang, Seremban, Temerloh, Alor Setar, Jalan Tunku Abdul Rahman, Ipoh, Juru Pulau Pinang, Mutiara Damansara Petaling Jaya dan Pusat Kecemerlangan di Subang.

Manakala dari 1 Oktober ini pula, penambahan 14 lagi pusat servis akan menyusul dan empat cawangan seterusnya akan mula memberikan perkhidmatan yang sama pada 1 Disember 2016.

Waktu perniagaan bagi kesemua cawangan ini adalah dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang, dari Isnin hingga Ahad, dan untuk memastikan kekosongan slot bagi servis, pelanggan dinasihatkan untuk membuat temujanji di cawangan-cawangan ini, temujanji secara ‘walk in’ juga sangat dialu-alukan.

Dalam masa ya g sama, mula 1 Ogos lalu, Proton telah melaksanakan kajian semula harga bagi alat-alat ganti terpilih termasuk pengecas turbo, ECU dan himpunan transmisi. Kajian semula harga pada alat-alat ganti ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pelanggan menggunakan alat ganti tulen yang sepatutnya dipasang di semua pusat perkhidmatan yang diiktiraf dan membantu memperbaiki kos pemilikan kereta-kereta Proton. Pengurangan harga bagi alat-alat yang terlibat dalam kajian semula harga ini akan menyaksikan pengurangan sekitar 12% hingga 30%.

Jadi selepas ini anda tidak perlu risau kerana hari minggu pun mereka masih buka pusat servis mereka dan jangan lupa buat temujanji dahulu bagi memudahkan urusan anda disana nanti.

PROTON SAGA CITY 2016 BAKAL DILANCARKAN


Leak lagi gambar terbaru Proton Saga City, kali ini betul-betul jelas sekali gambar yang berjaya diambil. Rekaan lampu belakang yang seakan model BMW manakala bahagian hadapan pula seakan Proton Iriz. Menampakkan lagi model Proton Saga City kali ini sangat-sangat sporty dan umph!


Pastinya kita tertanya-tanya bilakah model ini akan dilancarkan betul? Untuk makluman, model ini bakal dilancarkan pada tahun ini dan masanya hampir tiba. Kita tunggu sajalah sebab biasanya bila dah banyak gambar tersebar di internet itulah petanda ianya tak lama lagi akan berada dipasaran. Admin pun tak sabar lebih-lebih lagi nak tahu apakah enjin yang akan digunapakai pada model ini.


Sekian sahaja, nantikan update terbaru dari kami dan jangan lupa follow kami ;)