Monday 21 January 2013

PROTON SAGA BLM CONVERT BMW M8 V10



Gempak giler! Memang patut gelaran Malaysia Boleh diberikan kepada rakyat Malaysia. Kereta Proton Saga BLM telah berjaya diubahsuai menjadi seakan-akan BMW M3 v10.

Beberapa pengubahsuaian dilakukan dibahagian hadapan termasuk menukar lampu asal kereta Proton Saga BLM kepada BMW M3 v10. Ini juga termasuklah bumper dibahagian hadapan dan juga bonet hadapan seperti yang dilihat didalam gambar.

P/S: Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Tuesday 8 January 2013

NAJIB RAZAK PAKAI MINI COOPER?


Apa khabar semua? Harap sihat sentiasa. Kali ini penulis nak berkongsi dengan pembaca sekalian tentang nombor pendaftaran kenderaan di Malaysia ini.

Memang banyak nombor pendaftaran yang dijual dengan harga yang tinggi. Akan tetapi nombor yang ini benar-benar menarik perhatian penulis.

Dibawah ini ada lagi beberapa keping gambar yang dijumpai dalam enjin carian Google.



Kereta berjenama (Mini Cooper) ini bernombor pendaftaran NAJ 113 atau jika diimbas seakan-akan seperti ejaan NAJIB apabila nombor dan angkanya dirapatkan. Adakah pemiliknya orang nombor satu Negara kita? Ataupun bukan. Kita tidak pasti.



Sekian sahaja laporan untuk pagi ini. ADIOS~

Monday 7 January 2013

ISU TARIAN BOGEL MEMALUKAN PDRM - KOMEN TUN HISAN


PANAS! Memang PANAS! Isu tarian separuh bogel yang melibatkan pihak JSJ IPPD Shah Alam betul-betul memalukan kita semua. Akan tetapi kita biarkan dahulu pihak atasan PDRM menyiasat perkara ini.

Tun Hisam Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan tindakan lanjut akan diambil. Berikut adalah petikan dari komen beliau dari akaun Facebook mengenai perkara yang menjijikkan ini.



Jadi mari kita sama-sama serahkan perkara ini kepada pihak Polis dan kita berharap jika ianya benar, tindakan disiplin haruslah diambil supaya ianya dapat dijadikan iktibar kerana ianya sangat memalukan kita semua yang cintakan keamanan.

Thursday 3 January 2013

EDISI PTB - PAJERO DUA ALAM ??


Edisi Pelik Tapi Benar (PTB) kali ini menyingkap sebuah kenderaan 'misteri' iaitu sebuah Pajero 2 Alam.

Apa yang menariknya Pajero ini dilengkapi sistem pelampung yang dibina dari tong drum yang kosong. Melalui udara didalam tong tersebut mampu untuk mengapungkan kenderaan ini.

Namun apa yang dapat kita lihat ianya seperti hanya sesuai digunakan di kawasan tasik dan sungai2 yang besar. Kalau di jalanraya mungkin tidak muat sebab terlalu lebar melainkan jika pelampung tersebut jenis 'plug n play'.

JOM TENGOK HARGA SUPERBIKE BAGI TAHUN 2013


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kepada para peminat atau kaki motosikal berkuasa tinggi (Superbikes), anda pasti ternanti-nanti apakah akan ada penyelarasan harga baru untuk motosikal berkuasa tinggi di pasaran Malaysia bagi tahun 2013? Dibawah ini anda dapat lihat didalam keratan akhbar mengenai harga motosikal berjenama antarabangsa seperti dalam senarai dibawah ini.


Mungkin salah satunya akan menjadi milik anda nanti, siapa tahu kelak? Penulis juga berminat dengan motosikal berkuasa tinggi ini namun komitmen lain juga menuntut hak yang lebih penting. Jadi, terpaksa bersabar dulu. Sekian ~