Tuesday 31 May 2011

FUHH! FERRARI SUPERAMERICA 45 (GAMBAR & VIDEO)

Inilah satu-satunya kereta yang direka hanya untuk 1 keluaran dan bukan untuk dijual. Siapa tak kenal model atau badan permotoran dunia yang ternama iaitu Ferrari. Ferrari telah mereka sebuah kereta yang diberi nama Ferrari Superamerica 45, ianya adalah projek istimewa yang dijalankan oleh Ferrari team berdasarkan 599 GTB Fiorano.

Kereta ini juga direka untuk lebih pick up dan ia sememangnya sebuah kereta yang laju dan istimewa. Dibawah ada sedikit video berkenaan kereta ini.


LAGI GAMBAR PERODUA MYVI 2011 DI IPOH

Lagi gambar spyshot Perodua Myvi 2011 baru yang berjaya dirakamkan di sekitar Ipoh, Perak. Mungkin anda ternanti-nanti gambar penuh Perodua Myvi 2011 baru ini tetapi buat masa ini kami belum lagi dapatkan gambar penuh termasuk bahagian dalam kereta ini. Walaubagaimanapun, bagi peminat kereta tempatan jenis kompak ini, anda boleh dapatkan atau tempah kereta ini pada 4 Jun 2011 disetiap cawangan Perodua.

PROTON PERSONA VERSI SOLID WHITE DIPASARAN

Proton Persona kini didatangkan dalam versi baru dari segi warnanya iaitu warna putih solid dengan dua transmisi iaitu manual dan juga automatik. Dari harga RM59,049 untuk High line (Automatik), RM55,549 untuk Medium Line (Automatik) dan juga RM52,549 untuk Medium Line (Manual).

Sunday 29 May 2011

PDRM DAPAT 10 BUAH PROTON INSPIRA

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 10 buah unit kereta Proton Inspira 1.8 versi manual dari Proton Holdings Sdn Bhd. Kunci replika diserahkan sendiri oleh Pengarah Eksekutif Proton iaitu Datuk Seri Haji Syed Zainal. Lepas ni lagi senang Polis nak kejar kereta-kereta laju dekat highway kan... Hehehe...

Thursday 26 May 2011

PROTON SAGA FL 1.6 DILANCARKAN - RM46,549


Orang ramai kini berpeluang memiliki kereta terlaris di Malaysia, Proton Saga FL dengan kapasiti enjin berkuasa 1.6 liter. Tentunya ianya lebih pick up dari Proton Saga FL 1.3 liter.

Kereta ini didatangkan dengan warna putih, ianya dijual pada harga RM46,549. Hanya RM3,700 lebih tinggi daripada model Saga FL Executive 1.3
Varian itu mempunyai perbezaan daripada segi rim aloi yang baharu, pelekat pada badan kereta dan sedikit pengubahsuaian pada ruang dalaman.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pihaknya yakin ia mampu menarik pelanggan terutama sekali dalam kalangan golongan muda.

Harganya pun boleh tahan murah, mesti peminat Proton Saga kali ini berasa geram melihat kekuatan enjin dengan kapasiti 1.6 liter ini, saya sendiri geram melihatnya kerana sudah pasti kelajuannya lebih berkuasa dan lebih pick up!

Monday 23 May 2011

GAMBAR PERODUA MYVI 2011

Beginilah rupa bentuk kereta Perodua Myvi 2011 yang baru. Rekaannya telah diubahsuai terutama dari segi rupanya yang lebih moden. Dengan menggunakan projector lamp sama seperti Perodua Alza, ia memberikan kelainan dan ternyata lampu ini benar-benar menarik.

PROTON SAGA FL PHASE 2 & PROTON EXORA TURBO



Berikut adalah beberapa keping gambar terbaru spyshot untuk kereta Proton Saga FL (Phase 2) dengan pengubahsuaian dibuat pada enjin iaitu gabungan antara IAFM dan juga kotak gear CVT dimana kombinasi ini mampu menjimatkan minyak (adakah Proton Saga sekarang masih belum jimat minyak?)

Bagi Proton Exora pula, ia dilengkapi dengan enjin berkekuatan turbo yang pastinya memberi pick up yang lebih berbanding Proton Exora sekarang yang didakwa kurang pick up mungkin kerana body nya yang besar tetapi enjin hanya 1.6 sahaja.

Saturday 21 May 2011

DRAG RACE DI MELAKA 2011

Just nak update sedikit, saya terlupa dan memang tak tau ape yang difikirkan sampaikan terlupa nak bawa kamera masa pergi tengok Sprint Test kereta di jalan Eye On Malaysia, Melaka malam tadi. Pengunjung yang datang memang ramai dan ada juga yang curi masuk ke tempat kereta berlumba. Ini boleh mendatangkan bahaya pada mereka walaupun pihak urusetia sudah cuba untuk menghalang mereka.

Penyertaan semalam rata-rata dari semenanjung Malaysia antaranya dari Kedah, Johor, Perlis dan sebagainya. Team dari Melaka pun ada hantar juga tapi aku tak pasti nama team tu. Yang pasti bayaran masuk adalah RM 5 seorang, huhuhuhu... Antara kategori yang dipertandingkan adalah kategori 1.8 cc, kategori V-tech, dan kategori Turbo yang berakhir lewat malam semalam.

Kami pun tak sempat nak tengok sampai habis sebab takde kerusi, kena berdiri dan penat berjalan kaki sejauh 2KM sebab park kereta jauh sangat. So kami pun balik........ Sekian sedikit laporan dari ProtonClub Blog.

Wednesday 18 May 2011

MUGEN HONDA CRZ HYBRID 2011

Gempak! Itulah yang dapat saya ungkapkan mengenai gambar terbaru yang diperolehi, gambar tersebut adalah gambar sebuah kereta Honda CRZ dan gambar ini adalah gambar rasmi kereta ini. Ujian awal dalam bentuk prototaip untuk kereta ini telah dimulakan dengan memberikan kelajuan dari 0 - 60 mph dari Honda Civic Type R.

Setelah lebih 15% peningkatan kuasa diberikan pada peringkat awal (stage 1), mereka juga telah mengurangkan berat enjin berkenaa sebanyak 50kg, kereta ini mampu memecut dengan lancar dengan kuasa superchargenya.

Kereta ini juga dilengkapi dengan tiga mod memandu iaitu dari mod biasa, pertengahan (ekonomi) dan yang terakhir adalah mod pecutan dimana kuasa supercharge akan digunakan sepenuhnya. Tahniah buat team Honda ~

HARGA PETROL RON 95 AKAN DI SEMAK SEMULA

Adakah harga RON 95 akan naik? Besar kemungkinan harga petrol RON 95 akan dinaikkan dan berkemungkinan juga harganya akan kekal bergantung pada kekukuhan kewangan kerajaan. Namun begitu, sejauh mana relevannya harga petrol di Malaysia sedangkan kita sebagai negara pengeluar minyak mampu memberi lebih subsidi kepada rakyat. Dimanakah slogan 1Malaysia Rakyat diUtamakan?

Namun begitu, Menteri Pertahanan kita Datuk Zahid Hamidi meminta kerajaan supaya mengkaji juga kemampuan rakyat sebelum mengambil keputusan menaikkan harga petrol. Bagi saya harga petrol ini tidak mungkin diturunkan tetapi ia mungkin akan dinaikkan. Sama-sama kita nantikan saat gembira ini. Berdasarkan maklumat diberi, harganya akan disemak pada Jun ini.

Saturday 14 May 2011

CONTOH BODYKIT UNTUK PROTON SAGA FL

Nampaknya bodykit untuk kereta keluaran terbaru Proton iaitu Saga FL (Facelifted) sudah berada di pasaran. Tapi ni kami hanya dapat sikit je gambar bodykit ni, lokasi jualan di Selangor. Anda bolehlah mencari / survey kedai-kedai aksesori kereta berdekatan. Rasanya di Melaka pun dah ada, lagipun di Melaka mereka memang ambil stok dari Selangor.

BAHAYAKAH PETROL RON95?

Ramai yang masih lagi samar-samar tentang apakah kebaikan atau keburukan menggunakan petrol RON95 ini dan masih ramai yang dihantui dengan berita-berita daripada surat khabar mengenai kemalangan yang diselangi dengan kebakaran dan berakhir dengan kematian. ProtonClub Blog kali ini menyingkap apakah kesan penggunaan petrol RON95 ke atas kenderaan.

Maklumat mengenai RON95:
  • RON bermaksud Research Octane Number
  • Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.
  • Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.
  • Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius
  • Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.
  • RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.
  • Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.
Begitulah serba sedikit maklumat yang berjaya kami dapat mengenai petrol RON95 ini, pendek kata tepuk dada, tanyalah selera. Utamakan keselamatan anda dan keluarga, sekian.

Tuesday 10 May 2011

JAGUAR POWERED BY C-X75 CONCEPT LAUNCHED

Kini Jaguar C-X75 gah dipersada dunia permotoran dunia. Ianya telah dilancarkan di Paris baru-baru ini dengan kuasa yang begitu menakjubkan, kereta ini mampu memberi saingan kepada keluaran Buggati Veyron.

Menurut sumber dari UK Auto, kereta ini menggunakan kuasa enjin 1.6 liter 4-silinder dan ia juga mempunyai plug-in kuasa bagi keempat-empat roda dan ia mampu membentuk kuasa sama seperti AWD.

Dengan kelajuan turbo-jet, ia mampu memecut selaju jet pejuang dan pastinya ia akan menjadi kegilaan para peminat kereta sport dari dalam dan juga luar negara.

Thursday 5 May 2011

PETROL RON 97 GOES UP TO RM 2.90 PER LITER

The Star, a Malaysian daily, reports that you'll be paying an extra 20 sen for premium petrol RON 97 from Thursday onwards. That's RM2.90 per litre.

Malaysian Petrol Dealers Association president Datuk Hashim Othman confirmed the price increase and said the removal of government subsidies for the said fuel has caused its price to fluctuate.

The rise of crude oil prices is no surprise. Hashim attributed that to natural disasters abroad and political unrest in the Middle East.

Prices did experience a modest dip after the announcement of terrorist leader Osama bin Laden's death, he noted.

The price of RON 95 petrol, on the other hand, will remain the same at RM1.90 per litre, he said. That petrol is subsidised by the government.

Sunday 1 May 2011

SUV BARU KELUARAN SSANGYONG SUV DIJANGKA MEI INI

Bagi peminat SUV tanah air, mungkin model SUV Ssanyong tetapi kali ini mereka akan mengeluarkan model terbaru yang diberi nama Ssangyong Actyon. Ianya lebih kurang dengan model Ssangyong Korando.

Menurut sumber dari laman sesawang Ssangyong, model Actyon ini akan keluar dalam dua versi iaitu Ssangyong 2WD Actyon berharga RM119, 977,20 OTR tanpa insurans dan Actyon AWD berharga RM129, 997,20 OTR tanpa insurans.

Kedua-dua model ini telah dimuatkan dengan kekuatan enjin 2.0 liter e-XDi dengan gear automatik 6 transmisi.

Jadi bagi penggemar SUV, anda boleh layari laman sesawang Ssangyong Malaysia dan anda boleh melihat maklumat lebih terperinci mengenai SUV keluaran Ssangyong ini.